Hujan lebat pada Rabu, 4 November menyebabkan banjir kilat di Shah Alam dan Sungai Buloh. Sebuah jambatan di Jalan Kubu Gajah runtuh, dan hujan lebat dijangka berterusan hingga hujung minggu.
Kerajaan Selangor menggerakkan 7,677 anggota dan mengenal pasti 1,161 pusat pemindahan sementara. MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk di 13 negeri pada Rabu, 4 November.
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun bagi 5 hingku 11 November. Ringgit dibuka kukuh menjelang keputusan OPR Bank Negara pada Khamis, 5 November.
Pelaburan itu merangkumi infrastruktur digital, pusat data, tenaga bersih dan pengurusan air. Ia dijangka menyokong lebih 37,000 pekerjaan tempatan setahun.
Harga sayur tempatan dijangka naik hingga 50 peratus akibat musim tengkujuh. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pula mengingatkan peniaga supaya memaparkan harga akhir.
Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan bersetuju dengan satu lagi temasya sukan kebangsaan dan Pelan Bakat Sukan Kebangsaan. Isu ganjaran atlet sepak takraw turut diperkatakan.