Hujan lebat pada Selasa, 17 November menyebabkan banjir kilat dan menutup Persimpangan Bukit Raja di NKVE. Setakat 7 pagi Rabu, 18 November, 2,553 mangsa berada di 26 pusat pemindahan sementara di lima negeri.
BN menyatakan Datuk Ismail Lasim meletak jawatan pada Isnin, 16 November. Istana Negeri Sembilan pula berkata surat itu belum disahkan ketulenannya.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia mengesahkan atlet berusia 22 tahun itu selesai menjalani pembedahan lebih tujuh jam di Hospital Kuala Lumpur.
Parlimen dimaklumkan punca kenaikan bil elektrik. BMI pula menjangka inflasi 2.0 peratus pada 2027, manakala ringgit menanti data KDNK suku ketiga.
Kementerian Komunikasi memberitahu Parlimen bahawa MCMC mendapatkan maklumat lanjut daripada Anthropic.
Tayar van dipercayai pecah di KM352 Lebuh Raya Utara-Selatan pada Selasa, 17 November. Di Batu Pahat, dua lelaki rentung dalam kemalangan dua kereta.